Powered By Blogger

Thursday, September 30, 2010

pertanian-betik

PENGENALAN

Nama Biasa                : Betik / Papaya
Nama Saintifik           : Carica Papaya Linn / Carica Papaya L. Caricaceae
Kelas                           : Magnoliopsida
Keluarga                     : Caricaceae
Asal dari                     : Amerika / Selatan Mexico / Amerika Tengah
Varieti baka tulen     : varieti transgenik
                                     : varieti ginodesius
                                     : varieti tempatan Eksotika
                                     : betik sekaki (betik Hong Kong)
           
Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik-betik yang popular di Negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:

a)    Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam linkungan 1-3 kg tetapi kualiti buah dikatakan tidak terlalu baik.
b)    Kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Buah dari  varieti ini adalah lebih kecil, berbentuk bulat, mempunyai mutu yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.    

Ciri-ciri buah betik

PERKARA
CIRI-CIRI
Pokok


·         Tumbuh tegak meninggi dengan ketinggian  8 m dan tidak bercabang.
·         Lilitan pangkal pokok 30-40 cm.
·         Semua bahagian pokok betik termasuk daun, akan mengeluarkan getah putih apabila dicucuk.
Batang


·         Penuh dengan lingkaran parut bekas tangkai daun.
Bunga





·         Boleh mengeluarkan bunga betina, jantan atau hermafrodit (sempurna)
·         Bunganya wangi berisi dan licin dan mempunyai lima kelopak.
·         Bunga berlainan jantina yang dihasilkan oleh pokok betik ini bergantung kepada keadaan persekitaran dan tegasan.

Buah




·         Berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat dengan ukuran panjang 15-50 cm dan lebar 10-20 cm.
·         Buah yang besar boleh mencapai berat sehingga 9 kg.
·         Buah yang belum masak berwarna hijau dan keras dengan getah yang putih.
·         Kulit buah yang masak berwarna kuning cair hingga ke kuning pekat, manakala isinya yang sukulen berwarna kuning, oren, jingga atau merah.
·         Isinya juga manis berjus dengan bau haruman kesturi.
·         Mengandungi vitamin C dan B karotena, flavanoid, potassium, magnesium serta serat.
Biji



·         Biasanya berwarna hitam dan dikelilingi selaput berisi yang lutsinar.
Daun

·         Daun betik yang besar terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata dan tumbuh pada sebelah atas bahagian pokok, tersusun melingkari batang.
·         Tangkai daun ini agak panjang dan mendatar dengan ukuran 35-105 cm.
·         Tulang dan urat daun berwarna kuning.



























KEPENTINGAN DAN POTENSI TANAMAN
POTENSI TANAMAN

Kebaikan penanaman buah betik

·         Vitamin C mencantikkan badan dan membuatkan kulit lebih cerah.
·         Papain , iaitu enzim yang terdapat dalam getah betik digunakan sebagai pelembut daging.
·         Berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian dan berupaya mengekalkan awet muda.
·         Mengandungi komponen aktif dalam buah-buahan yang mampu mengurangkan tindak balas pengoksidaan dan juga mampu bertindak balas untuk kulit seseorang berkedut.
·         Juga ada komponen aktif untuk sebatian fenolik yang bertindak sebagai antipengoksidaan yang melambatkan proses penuaan.
·         Berperanan menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit yang berkaitan dengan jantung dan penyakit Alzheimer.
·         Biji betik muda dimakan untuk dijadikan ubat cacing terutamanya bagi kanak-kanak.
·         Daun betik muda dan bunga betik elok untuk sakit pinggang.
·         Getah daripada batangnya digunakan untuk mengubat gatal-gatal pada kulit dan kudis terutamanya kudis buta.
·         Manakala pucuk betik yang dicelur boleh dibuat ulam dan dipercayai boleh merampingkan pinggan terutama sekali bagi wanita.
·         Buahnya apabila dimakan boleh melegakan sembelit dan air rebusan daun betik muda boleh menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan.













POTENSI PEMASARAN

·         Betik ditanam secara komersial di Selangor, Perak dan Johor. Di Johor pengeluaran betik varieti Eksotika secara komersial agak terhad akibat serangan virus bintik cecincin.
·         Antara pengeksport betik dunia, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Mexico. Empat destinasi utama betik Malaysia ialah Hong Kong, Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
·         Pada tahun 2002 nilai eksport buah betik dianggarkan sebanyak RM69 juta.
·         Di Malaysia, varieti tempatan Eksotika amat popular untuk eksport dan pasaran tempatan.
·         Betik Sekaki  atau dikenali sebagai betik Hong Kong ialah varieti kedua popular di Malaysia selepas Eksotika.
·         Di Malaysia, hibrid F1 yang dinamakan Eksotika II telah diwujudkan daripada penghibridan titisan 19 dengan saudara sekandungnya, Eksotika (sebelumnya titisan 20).






FAKTOR MEMPENGARUHI TANAMAN
FAKTOR
PENERANGAN
Iklim






·         Produktiviti pokok betik boleh terjejas teruk disebabkan keadaan cuaca. Terutamanya hujan, suhu, kelembapan relatif dan taufan yang amat mempengaruhi pembungaan, pembuahan, kejadian penyakit
·         Dari jenis tropika, terbatas dalam kawasan antara 32° Utara dan 32° Selatan dari Khatulistiwa, dengan julat suhu 21-33°C.
·         Perlu ditanam di tempat yang terlindung atau dikelilingi oleh pengadang angin kerana angin yang kuat boleh merosakkan.
·         Pokok betik membesar dengan baiknya apabila menerima cahaya matahari yang secukupnya.

Tanah




·         Tumbuh dengan baik pada tanah cepat salir, yang kaya dengan bahan organik dan pH tanah 6.0-6.5.
·         Tahan dengan apa jua jenis tanah dengan syarat tanah tersebut cepat salir dan tidak terlalu kering.
Sifat tanaman dan penanaman




·         Disemai dibatas pasir atau disemai terus ke beg politena.
·         Biasanya, sebanyak 30-50 g biji benih (kering) diperlukan bagi keluasan sehektar.
·         Biji benih disemai sedalam 1 cm pada jarak 2.5 cm di bawah 75% teduhan.
·         Juga boelh dibiakkan daripada keratin tampang.

Bahan tanaman

·         Dibiak dengan menggunakan biji benih.
Pembajaan







·         Bagi saliran yang baik, campuran tanah yang digunakan ialah 50% pasir, 25% baja organik dan 25% bahan atas.
·         Pokok betik yang mendapat cukup baja kapur, berbuah lebih awal dengan hasil yang tinggi dan dapat dipasarkan.
·         Semasa peringkat pertumbuhan awal, bekalan nitrogen dan fosforus yang cukup perlu dibekalkan bagi memastikan pertumbuhan tampang yang baik.
·         Sebagai tambahan kepada baja bukan organik yang disyorkan, tahi ayam, efluen kilang kelapa sawit atau baja organik yang lain ditambah dalam tempoh yang tetap.

Saliran



·         Memerlukan saliran yang baik kerana pokok betik amat sensitif terhadap air yang bertakung.
·         Akar akan reput selepas 24 jam terendam.











ASPEK-ASPEK PENGURUSAN TANAMAN
PERKARA
PENERANGAN
Pengurusan rumpai
·         Bahagian penting dalam penanaman pokok betuk.
·         Rumpai yang muncul sekali-sekala boleh diracun atau dicangkul.
·         Merumpai menggunakan racun boleh dijalankan setiap minggu.
Penyediaan tanah
·         Kawasan perlu dibersihkan daripada poko-pokok kecil terlebih dahulu kerana pokok betik amat sensitif terhadap persaingan.
·         Pembajakan subtanah membekalkan saliran yang lebih baik jika dibuat selari dengan garisan kontur tanah.
·         Kawasan penanaman betik yang mendapat baja kapur yang cukup akan mengeluarkan buah lebih awal dan hasilnya lebih tinggi.
Penjarangan buah
·         Amalan penting yang akan mengawal pengeluaran dan meningkatkan peratusan buah yang mempunyai saiz yang seragam yang boleh dipasarkan.
·         Pada amnya, disyorkan hanya sebiji buah ditinggalkan pada setiap buku ruas. Apabila terdapat banyak putik pada satu hanya yang terbesar sahaja yang disimpan.
ASPEK PENGURUSAN DALAM PENGELUARAN

PENUAIAN HASIL
Indeks warna buah

INDEKS WARNA
KETERANGAN
Indeks warna 1
·         Tidak sesuai dipetik untuk dimakan segar kerana belum matang dan ia tidak akan menjadi lembut atau berubah warna.
Indeks warna 2 atau 3
·         Buah hendaklah dipetik pada masa ini bagi membolehkan masa yang lebih untuk pengendalian dan penyimpanan seterusnya.
·         Pada peringkat ini terdapat juga sedikit kerosakan yang disebabkan oleh antraknos atau lalat buah.
Indeks warna 4 dan 5
·         Buah yang dipetik pada indeks ini tidak sesuai dipetik kerana sudah masak dan tidak boleh disimpan lama untuk tujuan pemasaran.

Pemetikan buah
·         Tahun pertama
o   buah sulung keluar lebih kurang 1-1.4  m dari aras tanah, jadi memetik buah dengan meggunakan tangan pada tahun pertama agak selesa
·         Tahun kedua
o   pemetikan buah menjadi rumit kerana buah melebihi aras yang boleh dicapai tangan.
o   Bagi memudahkan pemetikan buah, galah panjang yang mempunyai bakul dawai yang beralaskan span dihujungnya boleh digunakan.

Musim pengeluaran buah
·         Buah betik dianggap buah yang tidak bermusim tetapi menunjukkan puncak pengeluaran yang nyata dalam kitaran hayatnya.
·         Puncak pengeluaran berlaku setiap 3 bulan, bermula dengan puncak pertama pada bulan ke-11.
·         Fasa pengeluaran terbaik ialah di sekitar bulan ke-13 dan 14.
·         Puncak-puncak selepas ini kurang nyata sehinggalah pokok mencapai penghujung jangka hayatnya lebih kurang 18-24 bulan.
·         Corak pengeluaran boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca terutamanya taburan hujan.
·         Dalam keadaan kemarau, pemasakan buah terlambat selama 2 minggu atau lebih dan beberapa biji buah pada pokok yang sama masak serentak apabila hujan mula turun. 

Pengendalian lepas tuai
·         Pengendalian yang tidak  betul boleh menyebabkan buah tidak atau terlebih masak, kualiti tidak konsisten dan tidak lazat.
·         Jika dikendalikan dengan baik, buah betik boleh mengekalkan tempoh simpan selama 4-6 bulan dalam keadaan tropika yang ambient (25-28°C), atau sehingga 3 minggu suhu rendah (10-12°C).





Penggredan
·         Bagi tujuan eksport hanya buah hermafrodit berbentuk piriform dipilih dan digred mengikut peringkat kematangan (indeks kematangan) dan saiz.
·         Buah dikelaskan sebagai:
SAIZ
BERAT
PENERANGAN
Besar
601 – 800 gram
Biasanya dieksport ke Singapura, China dan Timur Tengah.
Sederhana
361 – 600 gram
Kecil
250 - 350 gram
Dipasarkan ke Eropah.







Pemilihan dan pembasuhan
·         Pembungkusan buah betik dipilih mengikut saiz, bentuk (jantan/betina) indeks warna, kecacatan (buah berkarpel) dan kerosakan yang disebabkan perosak, penyakit, kecederaan mekanikal dan lain-lain.
·         Buah yang rosak, cacat, terlalu masak dan berbentuk bulat (betina) juga ditolak.
·         Tangkai buah dipotong tidak melebihi 5 mm.
·         Pemilihan buah dengan meggunakan indeks warna:
o   Indeks warna 2—diterima untuk dieksport
o   Indeks warna 3-5—dijual di pasaran tempatan
o   Indeks warna 6—terlalu masak dan ditolak.


Pembungkusan
Jarak dekat
Jarak jauh
·         Buah betik dibungkus dalam kotak telekospik papan gentian beralun (CFB) dengan bahagian tangkai buah mengahala ke lantai kotak.
·         Sebelum menyusun buah, setiap biji buah disampul dengan sampul poliuterana atau dibungkus dengan surat khabar untuk mengelakkan kecederaan pada buah
·         Buah ini dipek dalam kotak 6 kg, yang biasanya mengandungi 6-18 biji sekotak.
·         Biasanya dieksport melalui udara atau pengangkutan jarak dekat melalui laut ke Hong Kong.
·         Bagi pengangkutan jarak jauh yang menggunakan kapal laut, buah dipek dalam bungkusan atmosfera terubahsuai (MAP).
·         Kotak CFB dilapis dengan beg polietilena berketumpatan rendah (LDPE) setebal 0.04 mm.
·         Mulut beg diikat dengan gelang getah.
·         Di dalam setiap beg, 40 g penyerap etilena (cleanpack) dibungkus bersama-sama dengan buah bagi membantutkan pemasakan buah.
·         Buah boleh dieksport ke Timur Tengah melalui jalan laut.



Penyimpanan
           
Buah
Tempoh masa
Indeks warna 2 dan 3
Boleh disimpan dalam keadaan ambient selama 5-7 hari.
Indeks warna 4 dan 5
Hanya boleh bertahan selama 2-3 hari
Diangkut melalui udara mengelilingi dunia
Perlu disimpan pada suhu 10-12°C, tahan disimpan selama 2 minggu atau lebih.
Dengan MAP
Boleh dipanjangkan ke 3 minggu iaitu cukup tempoh untuk pengangkutan laut ke Hong Kong dan Timur Tengah.
TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN DALAM PENGELUARAN BUAH BETIK
TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN
FUNGSI
ketuhar
Untuk menyediakan campuran tanah yang steril
mesin
Untuk menggali lubang untuk menanam anak benih pokok betik
Perenjis mikro
untuk merenjiskan air
Mesin rawatan air panas
Untuk mengurangkan penyakit lepas tuai terutamanya apabila buah dieksport melalui jalan laut.
Kotak telekospik papan gentian beralun (CBF)
Untuk membungkus buah bagi pangangkutan jarak dekat
Bungkusan atmosfera terubahsuai (MAP)
Untuk membungkus buah bagi pengangkutan jarak jauh
Penyerap etilena (cleanpack)
Untuk mambantutkan pemasakan buah















BANTUAN DARI AGENSI KERAJAAN

Jabatan Pertanian
Ø  Penekanan diberi kepada bidang pengeluaran berkualiti dan nilai tambah yang tinggal menerusi aktiviti seperti penggredan, pembungkusan, pelabelan, penjenamaan serta pemasaran yang teratur.
Ø  Tumpuan program/ aktiviti yang selaras dengan Plan Balance of Trade (BOT) Kementerian Pertanian dan Menteri Asas Tani.

MARDI
Ø  Daripada 370 spesis buah-buahan yang terdapat di Malaysia hanya 16 jenis sahaja yang telah dieksploitasi dan ditanam dengan meluas dan secara komersial.
Ø  Antaranya ialah durian, rambutan, mangga, pisang, betik, nanas dan belimbing.
Ø  Beberapa pusat pengumpulan janaplasma atau bank gen ladang bagi buah-buahan ini telah dibangunkan di MARDI.










PEMASARAN HASIL

v  Buah betik boleh diproses untuk menjadi produk makanan yang lain seperti:
Ø  Jem
Ø  Halwa betik
Ø  Salah satu daripada bahan dalam koktel buah-buahan campuran
Ø  Jeruk
Ø  Jeli betik
Ø  Gula-gula betik
v  Buah betik juga boleh diproses menjadi produk-produk yang lain seperti
Ø  Sabun muka
Ø  Syampu     










PEROSAK DAN PENYAKIT BETIK
Maklumat Serangan Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback) Di Semenanjung Malaysia.
Urat daun menjadi nekrotik kehitaman
    
Tompok-tompok hitam pada buah

     
Kesan serangan Papaya Dieback di ladang
    
Lesion lecuh basah pada batang

   
Lecuh basah pada isi buah

    
Lecuh basah dan nekrotik kehitaman pada hujung pelepah
Lecuh basah pada tepi dan hujung daun

           

Lecuh basah (water soaked) antara pucuk dan pelepah
Maklumat Serangan Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback) di Semenanjung Malaysia
1.0 Latar Belakang Serangan
Penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback) mula dikesan di Batu Pahat, Johor pada tahun 2003 dan kemudian merebak ke kawasan penanaman betik di negeri-negeri seperti Perak, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang.
§ Tahun 2003 - mula dikesan di Daerah Batu Pahat, Johor
§ Tahun 2004 -
        • Daerah Muar, Johor
        • Daerah Batang Padang, Perak
§ Tahun 2005 - Daerah Jasin, Melaka
§ Tahun 2006 -
        • Daerah Kinta, Perak
        • Serdang, Selangor
        • Kalumpang, Hulu Selangor
        • Semenyih, Selangor
        • Daerah Rembau, Negeri Sembilan
        • Kulim, Kedah
§ Tahun 2007 -
· Janda Baik, Pahang
· Panching, Pahang
· Lanchang, Pahang (Ladang betik TKPM)
· Tahun 2008-
· Kg. Belukar, Perlis
· Kg Mengkuang, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
· TKPM Ara Kuda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
2.0 Varieti terlibat :
Betik Eksotika, Hong Kong, Solo dan Sekaki
3.0 Patogen penyebab :
Patogen telah dikenalpasti dan disahkan sebagai bakteria Erwinia papayae (famili Enterobacteriaceae) (Rujuk: New Disease Reports – Erwinia papayae causing papaya dieback in Malaysia).
Erwinia papayae telah dilaporkan menyebabkan penyakit ’bacterial canker’ dan ’stem canker’ pada betik di Perancis, US Virgin Islands, Venezuela, Mariana Islands dan French West Indies.
Erwinia sp telah dilaporkan menyebabkan penyakit ’Papaya decline’ di rantau Carribean
4.0 Simptom serangan penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback)
Antara simptom-simptom penyakit Mati Rosot Betik (Papaya Dieback) pada setiap bahagian pokok betik adalah seperti berikut (Rujuk gambar-gambar simptom di Lampiran):
a) Daun
i) Terdapat lecuh basah yang berminyak (greasy water-soaked lesion) dan nekrotik pada tepi dan hujung daun.
ii) Bahagian tepi daun dan sepanjang urat daun menjadi nekrotik kehitaman, layu dan kering.
iii) Pangkal daun nekrotik dan genting menyebabkan daun terkulai.
b) Pucuk
i) Simptom awal pada bahagian pucuk ialah terdapat lecuh basah (lesion water-soaked) pada tisu lembut antara pucuk dan pangkal pelepah daun.
ii) Serangan teruk menyebabkan bahagian pucuk reput dan terkulai dan akhirnya pokok mati rosot (dieback).
c) Pelepah daun
i) Terdapat simptom lecuh basah (lesion water-soaked) pada pelepah yang bermula dari pangkal daun.
ii) Tanda nekrotik, lecuh basah (water-soaked) dan reput pada pangkal pelepah dan akhirnya daun terkulai.
d) Buah
i) Tompok-tompok hitam pada buah muda bermula dengan satu bintik perang kehitaman kecil yang kemudiannya membesar dan merebak.
ii) Pada peringkat serangan yang teruk, terdapat serangan kulat (patogen sekunder) pada buah yang diserang.
iii) Terdapat lecuh basah (water-soaked) pada isi buah betik yang dibelah.
e) Batang
i) Simptom awal pada bahagian batang, kelihatan lecuh basah (lesion water-soaked)
ii) Apabila serangan teruk, simptom nekrotik kelihatan pada bahagian batang dan merebak ke tisu dalam batang.






































5.0 Tindakan Yang Telah Diambil Dan Langkah Kawalan Yang
Disyorkan Kepada Penanam Betik
Penggunaan racun bakteria ataupun antibiotik adalah tidak berkesan bagi mengawal penyakit mati rosot betik. Tindakan kawalan yang paling penting adalah sentiasa laksanakan AMALAN PERTANIAN BAIK (Good Agricultural Practice). Antara tindakan kawalan yang disyorkan kepada petani adalah seperti di bawah :
1. Kawasan Penanaman
Elakkan terus menanam tanaman betik di kawasan yang telah mengalami serangan penyakit mati mosot betik. Adalah disyorkan diselangkan dengan tanaman lain sebagai ’barrier crop’.
Patogen bakteria ini boleh hidup tidak lebih 2 minggu di dalam tanah tetapi boleh hidup dalam jangkamasa yang sukar ditentukan (indefinitely) pada daun dan batang pokok diserang dan daun tanaman bukan perumah yang sesuai (Rujuk: Webb RR. 1985. Epidemiology and control of bacterial canker caused by an Erwinia sp on St. Croix, US. Virgin Islands. Plant Disease v. 69(4) p. 305-309)
2. Memusnahkan sumber penyakit
Pokok-pokok betik yang diserang hendaklah ditebang dan dimusnahkan. Ini amat penting kerana patogen boleh hidup dalam jangkamasa yang lama pada bahagian diserang.
3. Penggunaan biji benih bebas penyakit dan kultivar rintang
Pastikan penggunaan biji benih betik yang diambil dari kawasan bebas penyakit mati mosot betik . Tanam betik yang rintang penyakit sekiranya terdapat kultivar betik yang rintang.
4. Kawalan perosak
Buat semburan racun untuk mengawal serangga perosak di ladang yang mungkin boleh menyebarkan penyakit seperti afid, lalat buah, lalat, kumbang dan sebagainya. Perosak seperti siput (seperti siput babi) perlu dikawal kerana ia dilaporkan boleh menggalakkan sebaran penyakit pada pokok betik.







5. Pencegahan jangkitan dan sebaran di ladang betik yang sihat
i) Kemasukan kenderaan dan pelawat ke ladang betik hendaklah dihadkan dan dikawal rapi bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan penyakit mati rosot betik dari kawasan lain melalui tanah yang melekat pada tayar kenderaan dan tapak kasut. Pergerakan kenderaan dan manusia adalah antara punca sebaran dan kemerebakan penyakit mati rosot betik dari ladang berpenyakit ke ladang yang sihat.
ii) Elakkan dari terus memasuki kawasan ladang betik selepas melawati kawasan ladang yang diserang penyakit (Seelok-eloknya kasut-kasut hendaklah dicuci dari tanah yang melekat selepas memasuki ladang betik berpenyakit).
iii) Disyorkan ada tapak pencuci yang mengandungi air dicampur bahan basmi kuman seperti klorox, dettol dan sebagainya di pintu masuk ladang betik. Ianya bertujuan untuk mencuci tayar kenderaan dan tapak kasut pelawat / pengusaha yang masuk ke ladang betik.
iv) Bersihkan segala peralatan yang digunakan di ladang betik untuk pemangkasan, memetik buah dan sebagainya seperti secateurs, parang, pisau sebagainya dengan bahan basmi kuman seperti klorox, dettol dan sebagainya. Ini dapat mengelakkan jangkitan penyakit dari pokok berpenyakit ke pokok lain yang sihat.
v) Disyor dan digalakkan merawat bakul buah sebelum dibawa masuk ke ladang dengan mencelup ke dalam larutan klorox 5 – 10 %. Ini adalah untuk memastikan tiada sumber jangkitan bakteria dari ladang lain yang berpenyakit.
vi) Petani dan pekerja digalakkan menggunakan pakaian yang dikhaskan untuk bekerja di ladang dan tidak dibawa keluar dari ladang berpenyakit.





6. Semaian anak betik betik di dalam rumah kalis serangga
Adalah disyorkan semaian anak benih betik ditanam di dalam rumah kalis serangga supaya jangkitan penyakit mati rosot betik dapat dielakkan atau dikurangkan.
7. Pengurusan rumpai yang baik
Pengurusan rumpai yang baik dapat memusnahkan perumah-perumah sekunder yang boleh menjadi perumah kepada patogen penyakit.
8. Pemantauan dan pengawasan penyakit
Pemantauan dan pengawasan penyakit Papaya Dieback yang rapi perlu dijalankan untuk memastikan serangan penyakit dapat dikesan di peringkat awal dan seterusnya tindakan kawalan segera dapat diambil.














PELUANG-PELUANG PEKERJAAN YANG DIWUJUDKAN

MPOB
Ä  melatih dan melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri
Ä  pekerjaan di sektor perladangan membabitkan kerjaya sebagai inspektor kualiti ladang, penyelia ladang, mandur am, pemandu traktor, kerani ladang, fireman boiler dan foreman.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Ä  bertanggungjawab dalam merealisasikan pertanian menjadi suatu perniagaan bagi individu yang berminat dan mempunyai kemahiran dalam bidang ini.
Ä  Bagi yang tidak mempunyai apa-apa kemahiran, mereka perlu menghadiri kursus di Institut Latihan Pertanian selama enam bulan hingga dua tahun.
Ä  Dalam Latihan Sijil Pertanian, individu iaitu pelajar lepasan SPM akan diberi latihan selama dua tahun bagi melahirkan tenaga mahir pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor kerajaan dan swasta.








Rumusan.
Bagi setiap tanaman yang mempunyai hasil yang berpontensi tinggi mempunyai kelemahan dan kebaikannya sendiri. Bagi buah betik terdapat beberapa kelemahan kerana sifat buah betik yang sensitif dengan keadaan sekeliling.
Kelemahan bagi betik boleh dilihat dari mula menanam dan sehingga buah tersebut dituai. Oleh hal yang demikian, kelemahan bagi buah betik akan diterangkan melalui peringkat-peringkat dari mula menanam hingga ke perinkat menuai atau dieksport. Bagi peringkat pertumbuhan dan pembentukan, buah betik memerlukan bekalan nutrien yang banyak untuk mengeluarkan hasil yang tinggi. Bagi peringkat ekologi pula, kawasanya agak terbatas dalam kawasan antara 32° Utara dan 32° Selatan dari Khatulistiwa, dengan julat suhu 21-33°C disebabkan betik ialah sepsis tropika dan hampir tropika. Ia juga memerlukan hujan atau pengairan yang banyak tetapi mesti mempunyai saliran yang baik serta terletak di lokasi yang terlindung atau dikelilingi oleh pengadang angin kerana angin yang kuat akan merosakkan dan menumbangkan pokok betik. Untuk kawasan atau penyediaan tanah yang sesui bagi betik pula, kawasan tersebut perlu dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan kerana pokok betik amat sensitif terhadap persaingan. Pada peringkat penuaian pula, buah betik hanya akan dipetik mengikut indeks warna dan buah yang dipetik disusun dalam bakul plastik yang dilapis kain atau surat khabar bagi menghalang kecederaan pada buah. Pembungkusan buah betik dilakukan apabila buah betik dipetik dan akan dihantar kekilang atau dieksport. Buah betik dibungkus dalam kotak teleskopik papan gentian beralun (CFB) dengan bahagian tangkai buah menghala ke lantai kotak. Sebelum menyusun buah ke dalam kotak CFB, setiap biji buah disampul dengan sampul poliuretana atau dibungkus dengan surat khabar bagi mengelak kecederaan semasa mengangkut. Kulit buah betik agak sensitif dan mudah rosok.
Selaian daripada itu, buah betik juga mempunyai masalah akibat keadaan sekeliling atau mekanikal. Contonya kerosakan pada kulit selepas sahaja dipetik akibat pengendalian yang cuai, mengisi buah ke dalam kotak secara berlebihan dan pergerakan yang berlebihan semasa diangkut di ladang akan meninggalkan kesan bergetah, tercucuk, parut dan lebam. Semasa proses pemasakan bahagian yang lebam akan menjadi lembut dan berwarna gelap, dan mudah dijangkiti kulat serta bakteria. Kesan yang sama boleh terjadi akibat pengendalian yang kurang cermat semasa membasuh, menggred dan membungkus. Dengan mengambil langkah-langkah pengawalan di sepanjang prosedur pengendalian, kerosakan dapat dikurangkan. Pekerja perlu dilatih tentang teknik penuaian, perlunya pelapik diletakkan di dalam kotak di bahagian bawah dan kotak hanya boleh diisi dengan satu lapisan buah sahaja. Di ladang, tangkai betik perlu dibuang bagi menghalang buah daripada tercucuk atau tercalar dengan buah yang bersebelahan. Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut buah dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dipandu dengan perlahan dan berhati-hati. Semasa pengendalian di rumah pembungkusan, buah tidak boleh sama sekali dibaling atau terjatuh, dan dalam operasi automatik pula, semua mesin yang digunakan perlu dilapik.Lelasan pada kulit akan menyebabkan warna buah berbelak-belak seperti bahagian kulit kekal hijau dan tenggelam apabila buah betul-betul masak. Keadaan ini mempercepat kadar kehilangan air. Kecederaan seperti lelasan dan tercucuk lebih penting daripada kecederaan impak terhadap buah betik.
Walaupun banyak  kelemahan yang terdapat pada proses penanamannya, terdapat banyak kelebihan yang terdapat pada buah betik kerana pasarannya yang tinggi dan kelebihan yang terdapat pada betik itu sendiri. Antara kebaikan buah beti ialah mempunyai Vitamin C mencantikkan badan dan membuatkan kulit lebih cerah dan Papain iaitu enzim yang terdapat dalam getah betik yang boleh digunakan sebagai pelembut daging. Selain daripada itu hasil yang dapat diperolehi dari isi buah betik ialah pengeluarkan pelbagai produk seperti jem, halwa betik, jeruk, bahan koktel buah-buahan campuran, jeli betik, gula-gula betik dan juga syampu betik. Buah betik berupaya memenuhi keperluan nutrisi harian dan berupaya mengekalkan awet muda malahan mengandungi komponen aktif dalam buah-buahan yang mampu mengurangkan tindak balas pengoksidaan dan juga mampu bertindak balas untuk kulit seseorang berkedut dan juga mempunyai konponen aktif untuk sebatian fenolik yang bertindak sebagai antipengoksidaan yang melambatkan proses penuaan. Kelebihan betik bukan sahaja untuk kecantikan malahan berperanan menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit yang berkaitan dengan jantung dan penyakit Alzheimer serta biji betik muda boleh dimakan untuk dijadikan ubat cacing terutamanya bagi kanak-kanak. Sebenarnya bukan hanya buah betik sahaja yang mempunyai kebaikan malahan daun betik muda dan bunga betik elok boleh dimakan untuk megubati saki pinggang dan getah daripada batangnya digunakan untuk mengubat gatal-gatal pada kulit dan kudis terutamanya kudis buta. Manakala pucuk betik yang dicelur boleh dibuat ulam dan dipercayai boleh merampingkan pinggan terutama sekali bagi wanita.selain itu buahnya apabila dimakan boleh melegakan sembelit dan air rebusan daun betik muda boleh menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan.
Tuntasnya buah betik merupakan salah satu tanaman yang harus dijadikan sebagai salah satu tanaman penting negara dan tanaman seperti ini boleh membantu ekonomi negara. Selain daripada itu, kerajaan hendalah memberikan sokongan sepenuhnya dalam pembangunan pertanian agar tanaman berpontensi negara seperti betik boleh dijadikan salah satu penyokong bagi ekonomi negara.